NPREUS 2022
About Us
Pra Kata
Bismillah Al-Rahman Al-Rahim
Segala puji bagi Allah SWT,selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Dengan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menitipkan sepatah dua kata di ruangan ini.
Sebagaimana yang dimaklumi, National Pre-University Seminar diadakan pada setiap tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat bersua lagi di medan perhimpunan akademia ini. Pada tahun ini, 6th NPreUS 2022 berazam untuk mengangkat tema "Pembangunan Insaniah dalam Pendidikan di Era Digital" dan ini merupakan kali kedua seminar ini berlangsung sepenuhnya secara dalam talian. Penganjuran 6th NPreUS 2022 menyaksikan kolaborasi mantap antara Pusat Matrikulasi KUIS dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Selangor (UNISEL) . Kerjasama yang baik dan hubungan yang harmoni antara semua pihak yang terlibat adalah batu asas kepada kejayaan penganjuran seminar pada tahun ini.
Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa seminar ini adalah ibarat magnet yang menarik sejumlah kepakaran dari kepelbagaian disiplin ilmu yang dimiliki oleh ahli akademik dari seluruh Malaysia. Saya amat yakin bahawa seminar ini adalah medium yang terbaik untuk mereka membuat pembentangan dan perbahasan ke atas penemuan-penemuan ilmiah terbaharu mengikut sub-sub tema yang telah ditetapkan. Saya juga optimis bahawa segala ilmu dan maklumat yang diperolehi dari seminar ini akan memandu ahli akademik kepada penambahbaikan dalam segenap aspek dan pengamalan budaya penyelidikan sepanjang hayat.
Akhir kata, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak samada institusi pengajian tinggi, para pembentang dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah, guru-guru, seluruh tenaga kerja 6h NPreUS 2022 dan tidak dilupakan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharap segala usaha murni ini mendapat penilaian yang terbaik dari-Nya. Semoga kita bersua lagi pada tahun hadapan, Insya-Allah.
En Nor Effendy Ahmad Sokri
Dekan Pusat Matrikulasi KUIS
Ucapan Aluan
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dirafa’kan kesyukuran penuh kehadrat Allah dengan izin-Nya saya dapat merakamkan kata alu-aluan di dalam laman web National Pre-University Seminar (NPreUS) ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada barisan jawatankuasa yang telah bekerja keras dalam menggalas tugas dan tanggungjawab dalam pelaksanaan 6th NPreUS 2022 pada kali ini.
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke 6th National Pre-University Seminar 2022 (6th NPreUS 2022). Bagi pihak jawatankuasa NPreUS 2022 ke-6, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pembentang dan peserta seminar kali ini.
Terima kasih juga saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui jawatankuasa pada tahun ini. Pengalaman ini teramat berharga, buat kali keduanya kami berjaya melaksanakan secara dalam talian. Tema yang dipilih amat tepat pada hemah saya. “Pembangunan Insaniah dalam Pendidikan di Era Digital”.
Pada peluang ini, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada para pembentang kertas kerja, para hadirin dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan seminar ini terutamanya warga kerja 6th NPreUs 2022. Mudah-mudahan kita akan memperoleh manfaat hasil dari perbincangan sepanjang seminar ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang kurang itu daripada kami sendiri. Semoga usaha ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai sumbangan ilmu kepada ummah, InsyaAllah.
Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
En Muhammad Sirajuddin Bin Nik Ab Hadi
Pengarah NPreUS 2022